SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

CERITA POLITIK KITA

Apa jadi dengan Politik kita. Klik disini dan disini

Renung-renungkanlah kita hari ini.

Politik Malaysia:

Semua benda kita buat mesti betul,
semua benda orang lain buat Mesti tak kena,
Kalau nampak, Bisukan apa sahaja,
Supaya gajah didepan terlindung,
Supaya kuman diseberang terpampang didepan.


Kemana-mana...
Seberapa yang Ada,
Kalau berkuasa, Itu yang akan jadinya,
Walau pon kabur, tapi sudah terasa
Ditutup mata ia tidak akan kemana,
Hari ini,
Itulah malaysia dan
Itulah kita.

Kita Mesti buka mata,
Buka Telinga, bahawa melayu tak kemana
Jika ini permainannya,
Pinta atau tidak, begini akhirnya.

Kita tahu asal, Diri Tak akan lupa,
Walau sesekali tidak tersengaja,
Berbalik lah kita pada Siapa
Yang Mencipta, Bangsa dan
Tanah Tumpah Darah kita

Sesungguhnya,
Yang lain, Merasa bangga
Dalam Misi yang hapir berjaya
Dalam perjuangan Mencari benua
Untuk menjadi tuan empunya.

Kita tahu asal, Diri Tak akan lupa,
Bersatu sesama bangsa, bersama lah kita,
Untuk mengekalkan Hak milik Kita,
KINI, ESOK, LUSA DAN SELAMA-LAMANYA..

Baca Teks Penuh......

TADIKA ISLAM (Part 3)


Selepas aku bertolak dari dari taman melewar ke Jinjang tak ada masalah sangat. sebab nyer Abg Awie terer jalan2 kat sana.. cuma sikit2 bila nak cari tadika (
tadika islam Hidayatul Mustakimah) tu jer yang masalah.

Sampai kat sana aku tengok ada kontraktor tengah buat kerja. Macam kenal jer mamat yang wat kerja nie... macam pernah buat kerja ngan kta orang... keluar dari keta aku nampak lg sorang bos dia... memang sah la mamat nie yang buat keja kat opis lama aku masa kt pusat islam dulu.. nama aku tak ingat (malas nak sebut) . memang dlu pon mamat nie masuk ngan JAKIM... mungkin buat nie pon sama kot. tak perlah... malas nak nak pikir...buat serabut perut jer...

Dalam banyak2 tadika yang aku pegi sebelum nie, aku rasa tadika nie yang paling senang sekali kerja aku nanti... Sebabnyer dia tak ada nak buat penambahan building baru... aku tengok pon kawasan dia dah ok (cantik dari tadika Lain). Kerja kat sini cuma pasang grill ngan tiles lantai jer.. aku amik ukuran sikit2 dan kira berapa tingkap (saiz standard) kemudian cau. Kat sini tak sampai pon 30 minit... masa nak cau tu, cikgu tadika ada cakap yang dia mengharapkan supaya kerja-kerja tu nanti kalau boleh dalam musim cuti, sebab tak serabut ngan bebudak. Aku angguk jer... cakat sikit2 pastu blah.

Masa balik aku yang bawak kereta, sebab awie cakap dia rasa mual nak muntah, sebab ekon kereta nie ada masalah, aku bawak macam biasa, jalan nak balik takperlah, ikut signboard kl jer, sampailah tu.

masa kat jalan kucing, Hadi cakap, kalau sempat lagi dia nak pegi zon keramat, kat polapol. masa tu dah dekat kol 1.30 pm. Lg pon kat sana dekatjer ngan opis, Tanya abang awie macamana dengan perjumpaan dia nanti kol 2 kt dewan tingkat satu. dia cakap ok, pergi sekejap sempat lagi.

Aku terus pecut kereta menuju ker jalan semarak, nak ker polapol ikut sana kan?... kat sana jumpa pintu depan dia, awie cakap ada pintu belakang, aku pon straight la jalan... perghhhh samapo sana kena u-tern la, sebab maner ada pintu lg, pintu tu nak ker lain tak kena mengena pon ngan tadika kta nak pgi tu.

Masuk kt dalam, sesat lagi.... kalau bagi sesiapa yang tak pernah masuk macam aku nie, tempat tu rasa macam besar sangat... lepas u-tern 2-3 kali kta sampai sana... aku tengok tempat tu ok...tpi tapak berec polis yg lama, bangunan kayu yg buruk la sikit... tapi ok... student tadika tak ramai pon... ada 2 cikgu jer kt sana.

Tengah inspection tu ada nampak sorang MJ, hantar anak sek agama kot... aper lagi awi usha lah... memang mamat tu minat kalau MJ nie.... kat sana agak lama jugak.. sebab ketua guru MC, so harapkan cikgu biasa tak tau aper yang nak repair... kta tggu la dia datang.... sambil tggu sambil usha lah...hehehe ( awi lah yg usha tu)

Dah setel... kta gerak...dah jam 2 lebih... masa tu nak ujan. sampai kt opis dalam hujan.. pegi makan kat kedai kak seri dan lepak2.... awie tak pergi perjumpaan tu... kol 3 lebih baru naik opis....

Baca Teks Penuh......

BUDAK HILANG

Dari BLOG: pemanduteksi


Hilang lagi….

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa
Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama
Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .
Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL

Baca Teks Penuh......

TADIKA ISLAM (Part 2)


Seperti biasa, Aku sampai opis ngam2 jer jam 8.29am, lepas ketuk aku lepak jap, bukak komputer panaskan harddisk dan aper2 yang patut untuk tunjuk muka datang pagi.... hehehe, kalau tak macam tu susah. nnt kena cop kat bos datang lambat... sebab dia tak nampak kta masuk opis walaupon ketuk sebelum merah. Nanti mesti sebok menanya walaupon takdak aper2. sajer nak panaskan line...

Lepas aku lepak kat depan komputer nie buat2 kalut walaupon takdak aper2 yang kalut dalam lebih kurang 15 minit, aku belah..... pgi makan la beb, mesti pekena teh O dlu kedai kak Seri kesayangan Wan (Tokey jambu). sebak kesayangan dia pon aku tak tau kenapa. tapi aku tau pagi petang dia lepak kt situ dan setor jambu dia pon park kt sana. Aku sampai sana macam biasa lah sumer geng2 dah licin pinggan masing2... maklom lah dia orang awal, itu semua tak kesah lah. janji kt sana masih ada org lagi... kalau tak sensorang la aku. Kat kedai sana aku lepak + merokok dan sebagainya sampailah kol 9 lebih ( lebih pon sesikit jer).

Lepas makan baru lah ada tenaga nak buat keja, tol tak... hehehe, Kat table aku pikir jap plane aper yang nak buat pagi nie.. walaupon dah tau keja semalam tak siap lagi... maner la tau takut ader plane yang lebih bes lg ker... macam pgi kenduri ker.. atau aper2 ker... hehehe (macam CEO la pulak ikut suka hati mak bapak dia jer nak buat plane sesuka hati....) mengarut jer tu...
Aku try Dail Ext=458 tanya macam maner ngan keta.. dapat ker tak, kalau tak dapat nanya la aku, makan buah lasat (sesat) lag la hari nie. semalah dah dekat 2 kg... hehehe kalau boleh hari nie tak nak makan dah.

Nasib aku baik, keta pagi tu free, so tak makan lasat la aku hari nie, kalau makan pon aku leh tdo kt sebelah, hehehe.... Keta tu pulak Chek Awi yang bawak. orite la tu...konpom ngula punyer....
kol 10 lebih aku gerak. Tggu kt tingkat 2, Aku + Hafiz + Hadi ( dia zon lain) gerak sekali. Dalam keta awie saund tak boleh lama... sebab ada taklimat jam 2... so kita kena balik paling lambat kol 1.30pm.... sebab thank nak kena isi pulak tengah hari... hehehe..

Tadika Islam Darittarbiah Taman Malewar adalah destinasi pertama kita orang pada pagi nie, Pusing punya Pusing, Tanya orang Lagi, Utern keta 2 - 3 kali baru sampai pada tempat yang dituju. Dekat jam 11.00am. Tengok kat depat sunyi jer, Jengok2 Signbord nama tadika tak dak, try Masuk ikut tepi pagar, nasib baik ada... tepi nie rupanya. Aku ngan Hafiz.... Hadi tggu dalam kereta...( sbb bukan port keja dia).

Ketuk Pintu pejabat, Muncul Sorang mak cik... mungkin guru lah kot... Macam biasa lah aku bagi salam dan cakap daripada mana... cikgu tu jemput kta orang masuk sebab nak chek aper yang patut.... PHEEHH kat dalam sana Bingit giler... cow22 lak tuh.. terlintas dalah hati aku bebudak nie belajar macam mana?... yer lah kalau dalam satu kelas tu ok lar... nie 4 kelas baca doa lain lain2... berterabur... apa doa pon aku tak paham... bayangkan bebudak tu belajar di antara 4 kelas tu hanya dipisahkan dengan dinding besi berbentuk sliding tu, pas tu pulak kt atak tak dak tutup... memang tak selesa, tapi aku tengok ustazah tu selambe jer... dia cakap tah aper pon aku tak dengar... paha ke, tak paham ke aku angguk jer.

Dalam 10 Minit dalam tu Baru Ok... Nampak bebudak Semua Berlari Keluar, Pegi makan kot... baru lah ok, dapat la dengar aper luahan Ustazah tu, yang dia nak. Emmmm memang r... macam2 r dia nak, tu la nie la, tandas kat dalam la, yang budak nak kelajar bising nie dia tak nak, Aku ada la try tanya dinding tu nak tutup bagi rapat... supaya kalau serentak baca doa tu tak la mengganggu kela sebelah.. taknak pulak dia.. sebab tempat tu nak dijadikan ruang terbuka bila ada majlis. aper2 jer lah... aku tulis dan lukis aper2 yang patut... yang dia nak, nnt balik opis tak lupa benda2 yg diperlukan

Dekat sejam aku kat sini, mungkin lebih kot... Aku tengok Hadi ngan Awie tu dah tak tahan lg dok dalam keta melayan ekon. Panas punggong kot. aper2 lah, aku tak tau pasal dia orang.. yang penting benda nie aku siap kan. Dah semua tu selesai, ustazah tu ajak minum pulak... Air dah dihidangkan, Aku yg sememang haus nie buat-buat tak mahu, alasan sibok ada banyak tempat lagi nak pegi... padahal wayang jer tu. nasib baik dia bersungguh, kalau dia cakap "Ok lah dik, akak tak nak paksa, Nanti tak siap keja kamu tu" ... kalau macam tu kata putus dia, malu la kalau aku minum. tapi tak macam tu, dia ikhlas bagi kami minum dulu.

Aku lepak dalam 5 minit, minum air panas tu... lepas tu kita orang gerak pgi Jinjang.... dalam pukul 12.40pm

(Bersambung)

Baca Teks Penuh......

TADIKA ISLAM (Part 1)

Sudah seminggu aku duduk mengadap komputer nie. Kalau diikutkan dah masuk dua minggu keja nie keluar dari bilik bos. Dapat kt aku, peram dlu sehari. kebetulan la pulak hari jumaat. mahu tak mahu benda tu tiga hari terperap.

Hari isnin, datang keja bawak semangat baru nak buat keja-keja nie. Tapi sekejap jer semangat tu bertukar jadi bengang. Sebab aper tau? hehehe. Sebab keta jabatan yang aku booking tak dapat. yer la, saper tak bengang.. Kita book hari Rabu lagi.. awal giler tu panjat lif pgi hantar borang. aku pikir masa tu memang tak nak keluar dah. lepak opis search internet lagi bagus. Tapi nasib baik mamat Hafis yg bersungguh nak keluar jugak. Nak wat keja lah konon tu. hehehe

Sebelom keluar tu aku suruh dulu si Hafis tu pegi BPI (Bhg. Pem Insan) amik Alamat tadika yang nak pegi tu... dah setel semua benda tu, aku ngan dia gerak pakai keta kopak aku. Bukan aku tak nak keluar ngan keta sendiri, sebab aku tau banyak masalah nanti. Pertamanya aku taknak serabut isi borang cliam, ke-2 pulak gerenti tempat yg jarak 5km dari opis nie akan jadi 50km punya. Sebab bukan senang nak cari alamat kt KL nie. Kalau cari BB Plaza ke, Times Squre ke takper lah.. semua orang tau. Harapkan mamat kat sebelah aku nie memang senang r. kalau nak sesatkan jalan. hehehe (Jgn Marah).

Hari tu aku dapat setelkan 2 buah tadika jer. Mau tak nyer, keluar dah jam 11am, tambah sesat lg, pastu kerenah cikgu2 lagi mau jugak sebijik tadika tu makan masa sejam atau lebih. Aku ingat hari tu aku berenti makan kol 2.45pm dah... alang2 dah nak dekat kol 3. kalau aku tekan jugak karang. memang inspection sendiri lah kt luar tadika tuh kot. Sebabnyer mesti cikgu2 semua dah balik.

Lepas makan. + ngan lepak2. Dekat kol 4 baru naik opis... masuk ofis buat muka penat kau2 padahal dal lama rehat te... hehehe




Baca Teks Penuh......

http://nukilannik.blogspot.com: RAP4 military

http://nukilannik.blogspot.com: RAP4 military

Baca Teks Penuh......