SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

TADIKA ISLAM (Part 1)

Sudah seminggu aku duduk mengadap komputer nie. Kalau diikutkan dah masuk dua minggu keja nie keluar dari bilik bos. Dapat kt aku, peram dlu sehari. kebetulan la pulak hari jumaat. mahu tak mahu benda tu tiga hari terperap.

Hari isnin, datang keja bawak semangat baru nak buat keja-keja nie. Tapi sekejap jer semangat tu bertukar jadi bengang. Sebab aper tau? hehehe. Sebab keta jabatan yang aku booking tak dapat. yer la, saper tak bengang.. Kita book hari Rabu lagi.. awal giler tu panjat lif pgi hantar borang. aku pikir masa tu memang tak nak keluar dah. lepak opis search internet lagi bagus. Tapi nasib baik mamat Hafis yg bersungguh nak keluar jugak. Nak wat keja lah konon tu. hehehe

Sebelom keluar tu aku suruh dulu si Hafis tu pegi BPI (Bhg. Pem Insan) amik Alamat tadika yang nak pegi tu... dah setel semua benda tu, aku ngan dia gerak pakai keta kopak aku. Bukan aku tak nak keluar ngan keta sendiri, sebab aku tau banyak masalah nanti. Pertamanya aku taknak serabut isi borang cliam, ke-2 pulak gerenti tempat yg jarak 5km dari opis nie akan jadi 50km punya. Sebab bukan senang nak cari alamat kt KL nie. Kalau cari BB Plaza ke, Times Squre ke takper lah.. semua orang tau. Harapkan mamat kat sebelah aku nie memang senang r. kalau nak sesatkan jalan. hehehe (Jgn Marah).

Hari tu aku dapat setelkan 2 buah tadika jer. Mau tak nyer, keluar dah jam 11am, tambah sesat lg, pastu kerenah cikgu2 lagi mau jugak sebijik tadika tu makan masa sejam atau lebih. Aku ingat hari tu aku berenti makan kol 2.45pm dah... alang2 dah nak dekat kol 3. kalau aku tekan jugak karang. memang inspection sendiri lah kt luar tadika tuh kot. Sebabnyer mesti cikgu2 semua dah balik.

Lepas makan. + ngan lepak2. Dekat kol 4 baru naik opis... masuk ofis buat muka penat kau2 padahal dal lama rehat te... hehehe




0 Komen: