SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

Kuasa Tarikan

Dari Buletin Audit...Jan-Jun 2009


Menjana Kecermelangan Dengan LAW OF ATTRACTION.

Sememangnya Tulisan ini mempunyai suatu kuasa tarikan, dimana penulisan dari Akademi Audit Negara iaitu Md. Yazid Hashim telah berjaya mengolahnya sehingga sesiapa saja akan tertarik dan mungkin mengulang baca hingga berkali-kali.

"Biasa kita mendengar, hari ini orang kaya semakin kaya, manakala orang miskin semakin miskin" dan kajian daripada kes jenayah ragut di malaysia mengatakan "mangsa ragut kali pertama akan mengalami kes ragut kali kedua dan seterusnya"

Fakta yang menarik dan sifat ingin tahu yang mendalam berkenaan LAW OF ATTRACTION mendorong aku mendapatkan lebih lanjut maklumat-maklumat berkenaan. Kebetulan tidak lama selepas itu ada pesta buku di PWTC, aku berjaya menjejaki buku tersebut, tetapi malang kerana wang tidak mencukupi untuk mendapatkannya. Buku karangan Michael J. Losier yang telah diterjemah dalam Bahasa malaysia. Aku hanya membacanya sepintas lalu.

Aku berniat untuk memilikinya, walaupun tidak dapat ketika itu. Aku akan mencarinya di tempat lain.

Alhamdulillah aku menjumpainya, Disini Suka aku kongsikan kepada sesiapa yang berminat:

Tajuk : Law of Attraction
Pengarang : Michael J. Losier
Penerbit : PTS Professional

Buku ini menguraikan bahawasanya terdapat satu kuasa yang tidak kita sedari mempengaruhi persekitaran kehidupan. Ianya pipanggil HUKUM TARIKAN (LOW) dimana ia menarik perhatian manusia, pekerja, situasi dan pasangan ideal kepada kita.

Terdapat kaedah, latihan dan langkah-langkah serta skrip yang dapat kita praktikkan dan amalkan dalam menghadapi realiti kehidupan yang penuh mencabar ini.

Sekian, Tak rugi memiliki dan mencubanya.

Baca Teks Penuh......