SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

dari e-mail

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh sebagai bekalan akhirat? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.

Baca Teks Penuh......

Pilihan

Manusia mempunyai pilihan sama ada untuk maju ke hadapan, statik atau mundur ke belakang. Tetapi ramai daripada kita memilih untuk bersikap statik dan mundur kebelakang dengan memberikan banyak alasan.

Alasan?

Ya. Pelbagai alasan kita akan berikan kepada diri sendiri untuk kekal di takuk lama. Dan dalam dunia perniagaan, modal & halangan keluarga sering dijadikan alasan utama untuk tidak berniaga.

Adakalanya alasan-alasan yang kita ciptakan itu seolah-olah menjadikan kita ini orang yang paling tidak beruntung di dunia ini. Semuanya tidak kena. Semuanya tidak boleh. Akhirnya kita tidak bergerak ke mana-mana.

Winners never quit and quitters never win. (Vince Lombardi)

Christopher Gardner pengasas syarikat broker saham, Gardner Rich & Co pernah tinggal di jalanan bersama anak kecilnya akibat kesusahan hidup. Tetapi beliau tidak pernah berputus asas. Bayangkan sekiranya kita bersama anak kecil terpaksa bermalam di mana-mana sahaja walaupun di dalam sebuah tandas awam, adakah kita memilih untuk berputus harapan atau meneruskan cita-cita?

“Hey… Don’t ever let somebody tell you that you can’t do something. Not even me. You got a dream you’ve got to protect it. People can’t do something themselves they wanna tell you that you can’t do it. You want something go get it. Period…” - Chris Gardner.


Kita membuat 3 pilihan sepanjang hidup kita - maju, mundur atau statik. Chris Gardner adalah salah seorang dari ribuan manusia yang memilih untuk terus maju walaupun keadaan hidup sudah terlalu mendesak.

Kalau kita belum pernah bermalam di dalam tandas awam, sudah tentu keadaan kita sebenarnya jauh lebih baik bukan? Kenapa masih memberi alasan untuk tidak mahu terus maju?

Baca Teks Penuh......