SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

Kerja dan Sekolah

Salam hormat dan bertemu kembali..

Kt sini aku ada dua perkara seperti tajuk diatas untuk dikongsikan.. pertamanya ialah:

Kerja.......

Sebenarnya seminggu dua nie banyak perkara yang aku laluai... Site Visit untuk 12 buah tadika untuk kerja kelas F telah selesai... 4 hari berturut2 pada minggu lepas dan satu hari pada minggu nie telah selesai dan berjalan lancar. Rasa lega kerana ianya berjalan dengan baik dan lancar. Alhamdulillah....

Walaupun site visit tu pagi sampai petang kerana satu hari ada yang sampai tiga tempat yang berlainan... Aku tidaklah Risau sangat, Ini kerana ianya sudah biasa dan selalu aku laluai (dah memang kerja aku mcm tu). Lagipon kita cuma brifing jer pada kontraktor yang hadir... kalau ada yang bertanya tu jawab apa yang patut... paling2 susah pon cakap jer kerja-kerja yang tak termasuk dalam sebutharga tersebut hendaklah kontraktor masukkan dalam item kerja-kerja lain. item nie memang ada pada item last sekali tu.

Dan pada 2 minggu nie jugaklah aku tengok senarai kehadiran pihak kontraktor menghadiri site visit yang paling ramai... sampai 100 lebih orang. Rata-rata pada setiap site hanyalah kontraktor yang sama... kalau pon kurang mungkin sbb sakit perut atau tersesat jalan.. hahaha.. Biasalah kalau dah ramai tu banyak lah kerenah yg dipamerkan... Terutamnya masa Briffing, nampak sangat ramai yang tidak ambil perhatian. Datang sekadar untuk tanda tangan borang kehadiran..

Tak heranlah mungkin jugak dia cuma wakil atau tak berminat, harap nama2 nie tak akan dapat kerja tersebut. Bukan aper nanti dia akan menyusahkan kita untuk buat kerja. Untuk itu mungkin mana2 yang didapati tidak memasukkan item2 yang perlu dan diberitahu semasa site visit tidak akan tersenarai untuk mesyuarat pemilihan... mungkin lah. bukan nak ambil mudah soal ini, tetapi kesian pada kontraktor yang betul2 perlu dan bersungguh2... Sendiri mau ingat lah.

Dalam hujung minggu nie dan minggu depan, aku boleh lah bernafas sikit, kerana kerja tak banyak tapi dua minggu lagi mesti kerja banyak. Sebab nak siapkan laporan untuk Asesmen sebutharga. Biasanya dapat 1 jer sekali kena buat... ini mungkin 2 mungkin 3. kesian pada member yang take over sampai 5 sebutharga. pening kepala tu. Macam2 nanti boleh tengok nanti. Pada aku harap2 tak ramai yang termasuk dalam selection... tak semak kepala nanti nak membuatnya.

Apa-apa pon pasal kerja nie tak berkaitan untuk Kekonforan aku dalam MAIWP nie.
Yang untuk penetapan adalah episod dibawah nie....

Sekolah....

Aku letakkan nama SEKOLAH nie bukan aper.... ianya simbolik jika sekolah tu mesti ada exam... hahaha. Ini yang Lomah nie... kena baca buku.

Kisahnya aku kena wajib lulus exam JPA dan JKR. Yang JPA tu dah lulus... tapi yang minggu nie exam JKR. dua peper pulak tu.... Semak aku nak stady dalam Waktu2 kerja banyak macam nie... kalau tau awal tu takper... nie last2 baru dapat info yang awak kena amik exam tu... tak ker semak tu.... heheheh

Bermula isnin Pagi, jam 9 aku ke Workshop JKR (Dewan Cempaka) untuk amik peper JTA 01 ( Kej. Awam). Masa diberikan adalah selama 3 Jam untuk menjawab 5 soalan daripada 10 soalan yang diberikan. Soalan dia tak susah sebab Kesepuluh2 soalan dah diberikan. Jawapan tu yang susah. Hahahaha... Aku dok dalam tu lebih kurang sejam setengah... perah otak tulis aper yang terlintas di kepala yang dipikirkan logik dan betul. Lepas tu dah panas ponggong dah... dah Jem. tak tau nak buat aper. Akhinya toleh kiri, toleh kanan, belakang dan semua arah pon tak keluar idea. Sebab kelima2 soalan aku jawab. Itu jer Yang ada.

Akhirnya Aku and sorang kawan aku (Hadi) yang sama2 datang nie keluar... Menunjukkan kita orang dah sama2 menyiapkan peper masing2.... dia peper elektrik.

Aku drv terus ker site (dekat Tun Razak)... sebab masa tu ada lagi site visit yang belum selesai.... TA aku yang take over. Sampai sana J44 pon ada. Masa tu kontraktor dah gerak untuk balik.

Aku sempat follow sampai ker Sg. besi. Tak larat dah nak teruskan.... ke putrajaya. Rasanya dah ramai dan cukup staf. Hahaha... aku drv balik.... member aku Hadi ikut keputrajaya dengan diaorang. Aku Nak balik tido hahahah... Cuti kan!!!!!! EXAM.

Selasa aku masuk Ofice seperti biasa.... Tapi Hadi Ada peper...

Hari ini (Rabu) merupakan hari last Peper aku. JTA 05 (Pengurusan Pembinaan) masa sama 9 -12am. Aku jawab pon sama Lebih kurang macam Peper Kej. Awam iaitu sejam setengah jer. Lepas tu balik Opis lepak2... Nak balik umah aku rasa Boring... mungkin tido jer benda aku boleh buat... sebab tu lah aku datang opis nie... buat aper yang patut.

Sebenarnya.. Lepas Kedua2 peper nie aku rasa Lega sangat....
Harap doakan Aku tidak kantoi... Walaupon tidak cermelang. hahahaha
kalau gagal nanti kena amik lagi... Masa untuk Aku dikonpomkan juga pon akan teranjak... kesian tau.

Sekali lagi aku harap semoga exam tu tak sangkut dan doakan semoga lulus. Amin..... sengihnampakgigi


Baca Teks Penuh......