SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

GANGGUAN MAKHLUK HALUS.


FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

Antara punca dari jin:

  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang ingin menzalimi manusia
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang di beri kelebihan oleh Allah malah ada yang bercita-cita menjadi manusia
  • Balas dendam.

Antara punca dari manusia:

  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
a. Terlalu marah.
b. Terlalu takut.
c. Nafsu syahawat yang tinggi.
d. Manusia yang lalai.
e. Jahil
  • Manusia beragama dan taat semata-mata untuk menyesatkanMenyeru jin agar bersahabat dengannya seperti “menurun”.


TANDA-TANDA GANGGUAN

Gejala Ketika tidur:

  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.

  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.

  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.

  • Mimpi buruk yang menakutkan.

  • Mimpi melihat binatang seperti kucing,anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya. Ada kemungkinan sihir telah meresap ke dalam dirinya.

  • Ketawa , menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.

  • Bunyi gigi bergetar/berlaga ketika tidur.

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.

  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.

  • Mimpi melihat mahkluk halus.

  • Mimpi melihat salib atau gereja.

  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.

  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.

  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (Tanda santau ).

GEJALA KETIKA JAGA



  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t


  • Hilang ingatan (Gila).


  • Lesu dan malas.


  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.


  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.


  • Lenguh sendi-sendi.


  • Melihat sesuatu yang pelik.


  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).


  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki


  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.


  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.


  • Selalu mengantuk.


  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut.


  • Mudah marah dan panas baran.

JENIS-JENIS GANGGUAN

1- Gangguan sepenuhnya iaitu gangguan di seluruh tubuh seperti seorang mengalami masalah gangguan saraf tersumbat dan seumpamanya.

2- Gangguan sebahagian anggota.

3- Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badanya dalam jangka yang agak lama.

4- Gangguan sejenak tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk.

MELINDUNGI DIRI DARI GANGGUAN JIN

  1. Sentiasa berzikir dengan zikir yang di wariskan oleh nabi s.a.w.

  2. Menyebut nama Allah dalam setiap perkerjaan.

  3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.

  4. Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.

  5. Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.

  6. Jangan membuang air kecil terutama di dalam lubang dan jangan mencurahkan air panas ke mana-mana lubang atau takungan air.

  7. Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.

Baca Teks Penuh......

SURAU ZOO NEGARA ( HARI PERTAMA)

Assalamualaikum......

Khamis; 11 sept, site visit ke surau zoo negara. Lawatan ini bersama dengan kontraktor yang telah dilantik oleh pihak majlis untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan surau. Dua orang wakil daripada MAIWP turun kesana dengan menaiki kereta kontraktor. Lawatan kesana bertujuan bagi membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan keadaan site.

Nak dijadikan cerita.,......

Keadaan pagi di zoo negara amatlah tenang. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang berjalan sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Sesekali ternampak kereta panjang yang membawa beberapa pelawat melintasi. Akhirnya tenggelam disebalik daun-daun. sesekali juga terdengar ngauman Pak Belang.... Mungkin tak puas hati sebab sarapan pgi lambat....hehehe

Kira-kira jam 12. pm sesi lawatan berakhir.... macam biasa di bulan puasa nie keja tak boleh teruk sangat, agak-agak jer....tapi sampai jam 12. mungkin lebih kot.

Aku kalau boleh..... nak cabut cepat-cepat, tpi dtg dengan orang, balik pon paham-paham lah, masa jalan nak balik tu, brother kontraktor ader cakap balik nak ikut highway.... dalam hati aku rasa lega.... nak cepat-cepat sampai opis.... penat wooooo.

Sampai separuh jalan tu, brother nie masuk pam minyak..... dia parking elok jer macam nak isi minyak. turun keta terus pgi kat kaunter.... dalam ati aku memang lah nak isi minyak.... lepas keluar dari kaunter di tak terus datang dekat keta.... aku nampak dia pusing kanan, rasanyer nak pegi toilet.... yer memang pon...aku tengok belah kanan tu ada toilet....

Sementara Dia pegi toilet.... kepala aku dok pikir bila sampai opis nanti nak On blog nie... kalau boleh nak la up date sikit.... entah mcmana aku yang tengah pikir nie ternampak tempat minyak keta nie terbuka, sah mamat nie pegi bayar minyak tadi. mungkin dah tak tahan. dia pegi lah buang dulu kot... nnt jadi batu karang... hehehe.

Sambung cerita ternampak tadi, aku dengan rasa ikhlasnya terus buka pintu kereta, turun nak isi minyak tampa pikir apa-apa lagi. kat bawah, aku terus buka penutup, dan terus isi minyak, isi minyak macam biasa, macam isi minyak keta aku.

RM10, 20, 30, 40 hampir-hampir nak 50 tu aku macam terdengar ada orang panggil aku... panggil macam ada sesuatu yang tak kena... terkejut jugak aku dibuatnya.... " weh nik kau isi aper tu, petrol ker"...... dengan selamber dan konfidennya aku jawab " ya petrol lah bang" aku tengok dia jalan cepat-cepat....macam ada yang tak kena... pergi dekat pintu sebelah driver..... kejap lepas tu enjin keta diam, dia matikan...

"Alamak nik, Keta aku nie pakai diesel ,...... bukan petrol!!!!"................... aduh ...tetiba jer darah aku jadi seram sejuk..... nak mampos kau...isi minyak keta orang tak betul... "Alamak bang yer ke." aku jawab mcm tak tau....(takder benda nak jawab dah).

Apa lagi..... lepas tu jadi bahan la aku.... Brother tu call adik dia mintak tolong.... "kau datang sini, bawak tong... Shell kt tepi nie.... Keta salah isi minyak"... tak lama lepas tu, Busu datang (adik brother tu) bawak tong.....

Hmmmmm... masak aku, hampir 3 jam kita terkandas kat sana... nasib baik ada Busu... dia yang setelkan semuanya. aku tengok dia tu kesian.... dah la pgi sana pakai kemeja pulak tu... nak pendekkan cerita... pukul 3 lebih baru sampai opis.

Perhhhh ...aku rasa macam-macam... penat, dahaga, macam-macam lah... tapi hari nie pengajaran buat aku.... kalau nak buat sesuatu benda tu...walau apa pon... kena pikir dlu... walaupon sepintas lalu... kalau benda dah jadi...dah tak boleh nak undur balik.

Akhir kata... buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. nak buat baik pon akhirnya malu sendiri nak buat jahat apakan lagi.... lagi teruk... kalau nak pikir memang tak abis...
ibarat kata nabil.... lu pikir la sendiri... sekian.




















Baca Teks Penuh......

JASAMU TETAP DIKENANG



Y.Bhg. Ustaz Othman Bin Mustapha merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bertukar kembali ke JAKIM setelah berkhidmat lebih kurang 10 bulan di MAIWP.

Ustaz Othman mendapat pendidikan awal di Ma'ahad Muhammadi Kota Bharu dan seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1982 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai Penolong Pengarah. Pada akhir tahun 1991 beliau telah bertukar ke JAKIM (Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM pada ketika itu). Pada tahun 1992 beliau telah ditukarkan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai Atase Agama.

Pada tahun 1997 beliau kembali ke Bahagian Keurusetiaan Antarabangsa, JAKIM. Seterusnya, pada tahun 1999 beliau dilantik sebagai Pengarah di Bahagian Penerbitan. Tiga tahun selepas itu beliau dilantik sebagai Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak. Pertengahan tahun 2005, beliau kembali ke ibupejabat dan bertugas sebagai Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Pada 1 Oktober 2007 (Ramadhan 1428H) beliau dipinjamkan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Dengan pemergian beliau kembali ke JAKIM, Seluruh warga MAIWP terasa akan kehilangan beliau... Y.Bhg. Ustaz Othman JASAMU TETAP DIKENANG.

Baca Teks Penuh......

MASJID NEGARA

Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965, Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan turut merupakan pendekatan moden bagi konkrit diperkukuhkan, simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.


Seni bina

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (UK), and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Bentuk berlipat atap konkrit utama merupakan penyelesaian kreatif bagi mencapai ruang yang besar bagi dewan sembahyang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

Menara

Di tengah-tengah kolam di Masjid Negara ini berdiri tegak sebuah menara masjid. Ia digunakan untuk mengumandang azan setiap kali waktu sembahyang.Tingginya ialah 235 kaki daripada lantai ke hujung lambang bulan bintang.

Dalam bangunan menara ini disediakan sebuah lif untuk naik ke pentas menara. Pentas ini tingginya 140 kaki daripada tanah. Ada juga sebuah anak tangga berpilin disediakan di sebelah lif itu. Dua dinding menara yang saling bersetentangan masing-masing bertampal dengan papak batu kapur dan terazzo dan dua dinding yang masing-masing bersetentangan itu lagi berhias dengan kekisi terazzo.

Puncak menara itu dikemaskan dengan mosaic gelas putih. Gerabak lif disediakan dalam menara. Gerabak lif ada tingkap kaca untuk membolehkan penumpang dalam lif itu melihat bandar Kuala Lumpur. Menara itu diterangi oleh lampu berjalur, menjadikannya kelihatan menarik sekali pada waktu malam.

Terdapat tiga buah pintu besar dan sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Di tingkat bawah ruang depan terdapat beberapa buah bilik untuk berwuduk, bilik mandi, tempat menyimpan kasut dan bilik berehat bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke dewan sembahyang di tingkat pertama terdapat sebuah halaman besar. Di bahagian tengah halaman ini terdapat 48 kaki payung konkrit manakala di rusuknya pula terdapat kolam-kolam beserta beberapa buah pancuran bagi menyejukkan keadaan sekeliling.

Dewan sembahyang itu bertembok konkrit tetulang dan dilekapkan dengan batu marmar Itali. Terdapat sembilan buah pintu lorot aluminium di sepanjang tiga bahagian tembok berkenaan. Beberapa potong ayat al-Quran ditulis melintangi tembok di atas pintu bahagian dalam dewan sembahyang itu. Tulisan berukuran dua kaki tinggi diadun dengan mozek keemasan dan kebiruan yang berkilat. Bumbungnya yang beropol itu menyinarkan cahaya merah mawar, disulami pula di tengah-tengahnya oleh terawang kekisi terrazzo di sepanjang galeri. Bumbung konkritnya berbentuk payung kembang dan dihiasi dengan mozek kaca dan emas putih.

Bumbung yang berukuran 84 kaki tinggi itu mempunyai garis pusat sepanjang 200 kaki dan disokong oleh 16 buah batang tiang yang ukuran garis pusatnya sepanjang 3 kaki. Tiang-tiang itu diturap dengan terrazzo. Di tengah-tengah bumbung itu terdapat sebuah aluminium yang diukir dengan ayat al-Quran – seperti replika kubah Masjid Biru di Istanbul,Turki. Dahulu bentuk mihrabnya berbentuk bersegi seperti pintu tetapi telah diubah suai melengkung seperti gerbang. Mihrab ini bertatahkan ayat-ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Muka tembok yang mengelilingi mihrab ini diubah suai mengikut seni bina Morocco. Mimbar, tempat imam berkhutbah pula terletak di sebelah kanan mihrab. Mimbar yang berbentuk seperti beranda ini dibina daripada kayu.

Menganjung dari keempat-empat bahagian tembok itu pula terletak sebuah galeri untuk kaum wanita dan para pelawat yang ingin melihat bahagian dalam dewan sembahyang tersebut. Bahagian dalam galeri itu dihiasi oleh kekisi yang awan laratnya jelas menunjukkan kebudayaan Islam dan menyerupai pula awan larat yang terdapat di Masjid Taj Mahal dan Patehphur Sikri di India. Bahagian luarnya diturap dengan kekisi terrazzo. Kesembilan-sembilan buah pintu dan kekisi galeri membawa cahaya matahari ke dalam dewan sembahyang itu di samping lampu-lampu berhias, lampu-lampu tersembunyi di roset aluminium di bumbung serta 16 buah tepak lampu (chandelier) kurniaan raja-raja, gabenor-gabenor dan bekas Yang Di Pertua Negara Singapura.

Dewan sembahyang itu dapat memuatkan 3,000 jemaah dan berupaya menampung 5,000 orang lagi di beranda yang terdapat di ketiga-tiga rusuk bahagian dewan itu. Beranda itu terlindung dari luar oleh tirai kekisi dari aluminium dengan terawangnya berawan larat Islam asli. Lantainya dibina daripada kepingan terrazo manakala bumbungnya pula dibina daripada konkrit serta mempunyai beberapa kubah kubah kecil yang dibina daripada mozek biru. Di sebelah barat komplek itu terdapat dewan persidangan. Perkara yang menarik ialah bumbung konkritnya yang berombak-ombak. Dewan ini bertiraikan kekisi terrazo di luarnya. Dewan yang berhawa dingin ini dapat memuatkan 500 orang wakil persidangan keagamaan. Di sini juga terdapat sebuah perpustakaan.

Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

Pada tahun 1987 Masjid Negara diubahsuai dengan menyeluruh, dan atap yang dahulunya kusam kini bergemerlapan dengan jubin hijau dan biru. Hari ini Masjid Negara berdiri megah dan bergaya dikaki langit Kuala Lumpur. Laluan bawah tanah menyambungkan National Mosque dengan Stesyen Kerata Api, sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin. Berhampiran dengan masjid terdapat Makam Pahlawan, tempat pengkebumian beberapa ahli politik Malaysia. Makam Pahlawan turut memiliki struktur atap konkrit bintang bucu 7.


Baca Teks Penuh......

KOTA SUCI

Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota mekah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.

Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,

"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).
Selain itu, Masjidil Haram juga menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi. Firman Tuhan,
"janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)
Mengerjakan Haji adalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu
  • Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali Bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Jemaah hendaklah berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain, jika bertukar tujuan, tidak dikira sebagai tawaf. tawaf hendaklah Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail/Syazarwan.
  • Sa'i. Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.

Terdapat di Dalam Kawasan Masjidil Haram

Makam Ibrahim

Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim A.S sebagaimana pendapat orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim A.S berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27cm, lintangnya 14cm dan dalamnya 10cm masih nampak dan jelas dilihat.

Hajarul Aswad

Hajarul Aswadterletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh kerana kejahatan manusia. Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab dosa oleh orang-orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah S.A.W bersabda :"Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail

Hijir Ismail berpagar batu berlingkar 1.5 meter terletaknya berdampingan dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalamKaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah S.A.W. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Orang yang telah mengerjakan tawaf, disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas beroda dan mengerjakan solat sunat di Makam Ibrahim.

Telaga Zam Zam

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Baca Teks Penuh......