SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

SELAMAT TAHUN BARU

SALAM...

Bring out the old, Bring in the new, A wish to share with you, It’s new year’s eve & hopes are high, Dance one year in, Kiss one goodbye, another chance, another start, so many dreams to tease to leave the heart. May I wish you a perfect year in 2009!
_____________________________

Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan. Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat lagi kita menikmati kehidupan ini.

Mengenangkan segala kenangan dan perjalanan hidup 2008, sememangnya kita terasa sayu dan terharu kerana segalanya cukup berharga buat kita. Bagi saya, jika dapat diundurkan masa, ingin sekali saya merubah segala kesilapan....Namun, mana bisa segalanya itu akan dapat kembali lagi.

Semoga tahun 2009 memberi sinar harapan dan kebahagian yang berterusan buat kita semua. Sama-samalah kita ciptakan azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.

Segala onak duri dan pengalaman pahit yang telah kita laluai di tahun 2008 pastinya akan dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran buat kita.

Akhir sekali... untuk menutup DAIRY HIDUP tahun 2008 ini, saya dengan iklas memohon ampun dan maaf diatas sebarang kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan Kepada semua.

WASSALAM.

Baca Teks Penuh......