SELAMAT DATANG KE BLOG INI.....

Berbuka Puasa Di Bangsar

Salam pada semua. Ini merupakan kali ke-2 aku mengikuti kawan-kawan berbuka dekat Res. stim boot bangsar (nama sebenar tak ingat). Sebenarnya masa first geng nie berbuka puasa kt sini ialah masa tengah study....masa tu aku tak dapat nak ikut... tah kenapa, aku tak ingat alasan dia..hahaha,

Terima kasih pada kawan yang mengaturkannya.






Baca Teks Penuh......



"SALAM DAN SELAMAT BERPUASA"

Baca Teks Penuh......

Kursus Kecermelangan di P.D

16 Jun Hingga 19 Jun 2010






Baca Teks Penuh......

Kembara Kuala Tahan



Sebelum menaiki canopy work

Baca Teks Penuh......

Kuasa Tarikan

Dari Buletin Audit...Jan-Jun 2009


Menjana Kecermelangan Dengan LAW OF ATTRACTION.

Sememangnya Tulisan ini mempunyai suatu kuasa tarikan, dimana penulisan dari Akademi Audit Negara iaitu Md. Yazid Hashim telah berjaya mengolahnya sehingga sesiapa saja akan tertarik dan mungkin mengulang baca hingga berkali-kali.

"Biasa kita mendengar, hari ini orang kaya semakin kaya, manakala orang miskin semakin miskin" dan kajian daripada kes jenayah ragut di malaysia mengatakan "mangsa ragut kali pertama akan mengalami kes ragut kali kedua dan seterusnya"

Fakta yang menarik dan sifat ingin tahu yang mendalam berkenaan LAW OF ATTRACTION mendorong aku mendapatkan lebih lanjut maklumat-maklumat berkenaan. Kebetulan tidak lama selepas itu ada pesta buku di PWTC, aku berjaya menjejaki buku tersebut, tetapi malang kerana wang tidak mencukupi untuk mendapatkannya. Buku karangan Michael J. Losier yang telah diterjemah dalam Bahasa malaysia. Aku hanya membacanya sepintas lalu.

Aku berniat untuk memilikinya, walaupun tidak dapat ketika itu. Aku akan mencarinya di tempat lain.

Alhamdulillah aku menjumpainya, Disini Suka aku kongsikan kepada sesiapa yang berminat:

Tajuk : Law of Attraction
Pengarang : Michael J. Losier
Penerbit : PTS Professional

Buku ini menguraikan bahawasanya terdapat satu kuasa yang tidak kita sedari mempengaruhi persekitaran kehidupan. Ianya pipanggil HUKUM TARIKAN (LOW) dimana ia menarik perhatian manusia, pekerja, situasi dan pasangan ideal kepada kita.

Terdapat kaedah, latihan dan langkah-langkah serta skrip yang dapat kita praktikkan dan amalkan dalam menghadapi realiti kehidupan yang penuh mencabar ini.

Sekian, Tak rugi memiliki dan mencubanya.

Baca Teks Penuh......

Sekadar baca

13 Mei Sebelum & Selepas...
Karangan Mantan Perdana menteri Pertama kita
Tengku Abdul Rahman...
Menulis dari sudut pandangan beliau mengenai titik hitam negara yang tidak mungkin dilupakan.

Karangannya agak menarik, tapi yang amat menarik perhatian aku adalah berkenaan Ulasan Tungku mengenai surat Dr. Mahathir pada beliau....

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.


Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)


Untuk mengetahuai apa yang Tungku ulas bolehlah baca buku tersebut.

Baca Teks Penuh......

HILANGNYA 125Z

Tarikh 24 Oktober 2009 merupakan tarik keramat yg menyusahkan aku. CERITANYA adalah kerana 125Z aku telah hilang.

Pada mulanya aku terkejut dan agak sedih, 125Z yg aku parking tidak ada di tempat yang sepatutnya. SALAH PARKING?? HILANG?? Ya, itulah perkara yg bermain dalam kepala semasa itu. Rasa menyesal pon ada, sebab perkara itu tak sepatutnya berlaku kalau moto tersebut aku masukkan dan parking dalam kedai. Tapi nasi sudah basi... tidak guna menyesal.

Aku tahu dan perlu ke balai sebelum 24jam kes berlaku. Itu semua orang tahu, dan aku pergi melaporkannya tanpa masalah, semuanya ok.

Tetapi masalahnya INSURAN.....KAMU TAHU???.. X?

Bukan maksud aku tahu akan maksud insuran itu... Tetapi perkara yang anda mesti tahu adalah pihak insuran boleh tidak membayar tuntutan anda jikalau tarikh klim anda lambat/lewat... maknanya selepas report polis, mesti terus report pada insuran agen seberapa segera. ini adalah perlu walaupon insuran memang bayar lambat untuk klimnya.

Itulah masalahnya, pihak insuran menyatakan tuntutan yang aku buat terlambat dan kemungkinan tidak mendapat pampasan.. BENGANG???. memang benggan. Tapi salah aku jugak sebab buat tuntutan tu lambat...

Mungkin ini perkara biasa bagi sesiapa yang berkaitan dan pernah berurusan dengan insuran. tetapi tidak pada aku, dan mungkin juga pada diri anda. Kerana kita hanya tahu genap setahun pakai kenderaan mesti kena bayar insuran.. mesti bayar kalau tidak rodtax tak dapat.

Apa-apa pon pengalaman ini mungkin berguna bagi aku dan sesiapa sahaja selepas ini jika terjadinya perkara sama, ini kerana setiap tahun berpuluh ribu kes2 kehilangan kenderaan terjadi di malaysia. Suatu hari, mungkin ia juga akan tiba pada anda. Sama-samalah kita berhati-hati.

PENGALAMAN ADALAH GURU PADA KEHIDUPAN.


Baca Teks Penuh......

GARMIN OH GARMIN.....

SALAM......
Baru-baru nie aku pergi pertama kompleks... Aku pergi tujuan nak cari sofwere garmin untuk install dalam tel si Helmi dan servei benda2 baru, singah jer kedai yang pertama terus melekat- INSTALL GARMIN GPS RM80.
Aku perhatikan dia install dari jauh.... Pakai memory kad jer... nampak macam senang..mungkin payah bagi kita yg tak tau nie. tak sampai 30 minit...duit mie keluar RM 120 setelah mintak kurang.... termasuk dengan dia beli benda2 lain lah....hehehe

Balik opis aku Try exsplore mcmana nak install.... masuk hari nie dah 3 hari... aku dah dapat macaman caranya.. tapi tak boleh nak install lagi... insya Allah sedikit masa lagi boleh kot.. mengikut apa yang aku baca.... instal benda nie tak payah bayar pon.. semua nyer pree of cas... aku rasa cina hari tu pon dapat pree jer kot sofwere dia... hehehe memang buat duit kaw-kaw cina tu.

Nanti kalau dapat instal... aku pulak yg buat duit nanti...hehehe.... gurau jer. kalau dapat aku pulak tunjukkan langkah nak install pada sapa-sapa yang berminat nnt. pada member siber yang ajar aku.... bebanyak terima kasih. TQ

Baca Teks Penuh......

Nokia X6 enters the review queue in all its capacitive goodness

I do admit that GSMArena.com is running a bit late on X6 review. Unfortunately sometimes getting the phones is not as easy as some of you might think. Especially when we are talking a handset of such high public interest as the Nokia X6, on which everyone wants to get their hands on.

print this page Print this page

Baca Teks Penuh......

BORANG PETISYEN BANTAHAN

BORANG PETISYEN BANTAHAN
Bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang
membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php

Baca Teks Penuh......